SK Setiawangsa Kuala Lumpur

Sambutan Terima Kasih Dato Sri Dr Mahathir
Home
Peristiwa Terkini
UPSR 2004
Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran
Program Homestay From Indonesia 2005
Terima Kasih Dato Sri Dr Mahathir
Lawatan Peserta SEAMEO-QEE
Maklumat Yuran Sekolah
Pautan Pelajaran
Permainan

Kenangan Untuk Perdana Menteri Kita

Sekolah kami telah sempat mengadakan sambutan sempena terima kasih kami warga sekolah kepada Perdana Menteri yang kita kasihi pada 30hb.Oktober, 2003 yang akan bersara pada 31hb. Oktober.2003.
 
Kami mendoakan agar beliau dan keluarga sentiasa sihat dan dilindungi Allah dari segala bencana.
 
Di halaman ini kami merakamkan detik-detik sambutan yang sempat diadakan pada pagi ini.

Bacaan sajak bertajuk "Mahathir" oleh Guru Besar
gbbersajak.jpg

Sajak Bertajuk "Mahathir" hasil nukilan YUSLINDA SKTS
 
Mahathir,
Sebuah nama biasa
Anak sangka mampu menjunjung negara
Negara Malaysia
Ke mata dunia
 
Mahathir,
Seorang doktor berjiwa mulia
Bersikap kepimpinan dari mula
Sanggup mengharungi apa jua
Demi menaikkan nama Malaysia tercinta
Kini disegani serata dunia
 
Mahathir,
Kata-katamu yang bermakna
Pendapatmu yang bernas
Usahamu yang tekun
Mulanya dianggap igauan
Akhirnya suatu kenyataan
 
Mahathir,
Kau pemimpin penuh wawasan
Tiada siapa mampu menyangkal
Dulu negara kita amat kerdil
Kini terkenal tiada tandingan
 
Malaysia boleh,
Kerana mu Malaysia,
Banyak lagi kata-kata yang
Gugur dari mulutmu
Kini rakyat Malaysia kembali bersemangat
Kembali bertekad, kembali kuat,
Semuanya
Kerana mu Mahathir
Pemimpin yang tiada tolok bandingnya
 
Mahathir,
Keranamu kami anak-anak Malaysia
Dapat merasa nikmat kehidupan,
keharmonian, kebahagian dan ketenteraman
Terima kasih Mahathir.......